fbpx
BAYI lelaki berusia tujuh hari yang ditemui ditinggalkan di dalam kotak di perhentian bas Alai, Melaka, malam tadi.

Bayi sindrom down ditinggalkan di perhentian bas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

MELAKA – Seorang bayi lelaki dipercayai baru berusia tujuh hari dan masih bertali pusat ditemui ditinggalkan di dalam kotak di perhentian bas Alai, Kandang di sini, malam tadi.

Menurut sumber, bayi tersebut yang seberat 2.7 kilogram dijumpai pada pukul 9.20 malam oleh orang awam sebelum kejadian dimaklumkan kepada polis.

“Seorang lelaki telah menghubungi Balai Polis Kandang memaklumkan menemui bayi di perhentian bas berhampiran Surau Batu 5, Alai.

“Bayi tersebut dalam keadan berselimut dengan kain napkin dan diletakkan dalam kotak, dipercayai ditinggalkan oleh individu tidak dikenali,”katanya.

Tambahnya, bayi itu kemudian telah dibawa oleh orang awam ke dalam surau sementara menunggu bantuan ambulans tiba.

“Pada pukul lebih kurang 9.45 malam pasukan perubatan dari Hospital Melaka sampai di lokasi dan melakukan pemeriksaan terhadap bayi itu, tiada sebarang kesan kecederaan pada tubuh badannya.

“Tempat kejadian juga telah dilawati pasukan D11 (Siasatan Seksual, Wanita dan Kanak-Kanak) Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Melaka, namun lokasi itu tidak mempunyai kamera televisyen litar tertutup (CCTV) dan suspek sedang dikesan,”ujarnya.

Ketua Polis Melaka, Datuk Dzulkhairi Mukhtar ketika dihubungi mengesahkan kejadian tersebut dan memaklumkan kes disiasat mengikut Seksyen 317 Kanun Keseksaan.

Sementara itu, Pengarah Jabatan Kebajikan Melaka, Halyjah Muhamad berkata, hasil pemeriksaan dilakukan oleh doktor Hospital Melaka mendapati bayi tersebut menghidap penyakit sindrom down.

“Tiada sebarang nota ditinggalkan pada bayi berkenaan,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN