COPENHAGEN – Denmark merekodkan lebih 500 penampakan dron tidak dikenali terbang di ruang udaranya dalam tempoh cuma 24 jam, lapor portal berita Mail Online semalam.
Penduduk tempatan dibelenggu ketakutan susulan pencerobohan dron berkenaan sehingga dua lapangan terbang utama di negara itu ditutup malam Rabu lepas.
Pihak berkuasa menyifatkan insiden itu sebagai ‘operasi sistematik’ dan ‘serangan hibrid’.
Ia merupakan pencerobohan kedua selepas ruang udara Lapangan Terbang Copenhagen ditutup pada Isnin lalu, menyebabkan kira-kira 100 penerbangan dilencongkan dengan 20,000 penumpang terkandas.
Polis masih belum mengesahkan mana-mana daripada 500 laporan penampakan yang diterima.
Namun, orang ramai dinasihatkan untuk terus berwaspada dan memberikan penerangan terperinci kepada pihak berkuasa mengenai sebarang penampakan dron. – AGENSI