fbpx
Rahim Azhari memaklumkan beberapa dron bersaiz kecil dikesan mengekori pelayaran GSF hari ini.

[VIDEO] Tujuh dron dikesan ekori pelayaran Global Sumud Flotilla

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Lebih tujuh dron dikesan mengekori pelayaran misi kemanusiaan Global Sumud Flotilla (GSF) ke Gaza hari ini.

Salah seorang peserta GSF, Rahim Azhari memaklumkan, dron bersaiz kecil itu dipercayai bertujuan memantau pergerakan mereka.

Katanya, tiada kejadian tidak diingini berlaku setakat ini, namun kesemua peserta GSF dalam keadaan waspada.

“Dengar tak ada bunyi beberapa dron, meremang bulu roma. Ada beberapa dron sedang mengelilingi bot GSF.

“Kadangkala terbang tinggi, kadangkala terbang rendah. Dron pemerhati sebab kecil,” katanya menerusi rakaman video di muat naik di media sosial.

Rahim Azhari berkata, setiap malam memang akan kelihatan beberapa buah dron mengekori pelayaran mereka.

Justeru, katanya, peserta GSF perlu berjaga-jaga kerana bimbang pihak Israel akan melancarkan serangan.

“Kami harus berhati-hati. Bukan sahaja dengan dron di udara, malah apa yang ada dalam air sekitar bot kami,” katanya. – KOSMO! ONLINE

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Rahim Azhari (@rahimazhari)

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI