fbpx
Tangkap layar perkongsian Mohammad Syahmi dan Ustaz Abdullah Khairi di TikTok.

[VIDEO] Peluru berpandu dipintas di langit Madinah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Sebuah peluru berpandu dilaporkan berjaya dipintas di ruang udara Madinah malam tadi.

Menerusi perkongsian video oleh pengguna TikTok, Mohammad Syahmi, dia memaklumkan kejadian berkenaan disedari berlaku sekitar pukul 10.40 malam (waktu tempatan).

“Allahuakbar, kejadian hari ini (semalam) Khamis, 25 September 2025,” katanya.

Sementara itu, di TikTok pendakwah bebas, Ustaz Abdullah Khairi Harun juga memuat naik rakaman yang sama memaparkan ruang udara di Masjid Quba, Madinah kelihatan pergerakan dua dipercayai peluru berpandu atau dron pemintas.

Kedengaran juga suara para jemaah yang menjerit sewaktu melihat kejadian tersebut.

Di ruangan komen, seorang penduduk Madinah, Syakir memaklumkan dia terdengar bunyi letupan sekitar empat hingga lima kali malam tadi.

“Patutlah saya dengar empat, lima kali letupan dekat rumah. Jarak rumah saya 20 minit juga ke Masjid Quba, ingat mereka main meriam sebab baru lepas Hari Kebangsaan,” katanya.

Bagaimanapun, setakat ini tiada sebarang kenyataan rasmi dikeluarkan berhubung insiden berkenaan oleh pihak berkuasa terlibat. – KOSMO! ONLINE

@mohammadsyahmi95Allahuakbar..Kejadian hari ni khamis 25/9/2025 dlm pukul 10.40 malam♬ original sound – Mohammad syahmi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI