fbpx
Tangkap layar memaparkan hantaran oleh @lumika_mikah di TikTok.

[VIDEO] ‘Anugerah terpaling member’ jatuh kepada…

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Tidak mahu rakan rasa terpinggir, seorang graduan yang menerima Anugerah Naib Canselor menghadiahkan selempang putih kepada rakannya pada majlis konvokesyen Universiti Teknologi Mara (UiTM) baru-baru ini.

Menerusi perkongsian pengguna TikTok @lurima_mikah, selempang bertulis ‘Anugerah terpaling member’ diberikan kepada rakan seperjuangannya sebagai penghargaan atas jasa baik sepanjang mereka menjalin persahabatan.

“Terima kasih buat pengalaman berharga dan menjadi kawan yang baik. Teruskan jadi orang baik, tapi jangan sampai dipergunakan,” menurutnya di ruangan kapsyen.

Katanya, rakannya layak mendapat penghargaan berkenaan kerana sikapnya yang bertanggungjawab.

Menjengah ke ruangan komen, ramai mendapati insiden itu sebagai satu kenangan indah buat graduan tersebut mahupun terlepas selempang merah jambu.

“Walaupun tak dapat selempang merah jambu, mereka tetap raikan hari konvokesyen bersama-sama,” komen @Nirnama

“Pegang kawan-kawan sampai bila-bila walaupun suatu masa nanti ada antara kawan kita yang jatuh, bantu mereka. Tahniah buat adik,” kata Naura.

“Meraikan dan menggembirakan insan lain pahalanya besar. Semoga kalian semua maju jaya didunia dan di akhirat,” komen @Nendapai. – KOSMO! ONLINE

@lurima_mikah to @seketulcendol, thank you for the moment, the experiences, and to be my friend. Keep being a good guy (not to the point kne taken advantage lagi la ek, pijak kang) . tagging @nblirfannnn as partner in crime #friendtok #selempang #uitm #palam #roommates ♬ Tentang Bulan – Amelia Falisya

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN