fbpx
ELLY Mazlein membuat kenyataan untuk tidak akan bertanding dalam mana-mana majlis anugerah lagi selepas ini.

‘Undur diri, cukuplah sekadar pemenang di hati majmuk’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Selebriti versatil, Elly Mazlein mengumumkan dia akan menarik diri daripada menyertai sebarang acara anugerah kerana ingin memberi peluang kepada wajah baharu.

Elly atau nama sebenarnya Sharifah Aida Mazlina Syed Hanafi, 45, membuat kenyataan tersebut selepas ada netizen yang mendakwa dia bertemu masyarakat Orang Asli baru-baru ini untuk berkempen sempena Anugerah Bintang Popular (ABP).

“Maaf anda silap. Saya buat ini untuk meraikan Orang Asli Pos Tohoi. Saya juga akan buat kenyataan hari ini dalam Instagram saya mengenai pengunduran diri dalam sebarang program berbentuk anugerah.

“Alhamdulillah saya pernah merasa menang dalam kategori Pengacara Paling Popular sebelum ini.

“Saya memberi ruang kepada pengacara yang lain. Saya? cukuplah sekadar pemenang di hati majmuk. Jelas? Jaga diri sahabat,” tulisnya.

Baru-baru ini Elly bersama Radio Era telah berkunjung ke perkampungan Orang Asli di Pos Tohoi, Gua Musang, Kelantan sempena bertemu dengan peminatnya, Nora yang tular dalam media sosial kerana menyanyikan lagunya.

Kehadiran Elly di kampung tersebut mendapat sambutan hebat sehingga dia menitiskan air mata sewaktu memberikan ucapan kerana terharu.

Untuk rekod, Elly pernah memenangi trofi Pengacara TV Popular ABP pada tahun 2023. Itu merupakan kemenangan pertamanya di ABP sepanjang 25 tahun bergelar artis. KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI