fbpx
Fadillah (tengah) melihat model projek perumahan yang telah siap bersama Azmir Merican (tiga kiri) hari ini. Foto oleh AFIQ RAZALI / KOSMO!

Sime Darby Property pelopori projek solar kediaman

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

SHAH ALAM – Sime Darby Property Bhd. muncul sebagai pemaju hartanah pertama negara melancarkan projek solar kediaman berskala komuniti di Bandar Elmina.

Pengarah Urusan Kumpulan dan Ketua Pegawai Eksekutifnya, Datuk Seri Azmir Merican berkata, projek perintis itu menyokong sasaran Pelan Hala Tuju Peralihan Tenaga Negara (NETR) menjana 70 peratus tenaga daripada sumber boleh baharu menjelang 2050.

“Model ini mengubah bumbung rumah menjadi aset tenaga melalui kaedah pajakan atas bumbung.

“Ini membolehkan pemilik rumah menjadi ‘prosumer’ iaitu pengguna dan pengeluar tenaga seterusnya
menyokong keperluan tenaga hijau pembangunan komersial dan industri berdekatan,” katanya.

Terdahulu, projek di bawah Mekanisme Pengagregatan Tenaga Boleh Diperbaharui Komuniti (CREAM) dirasmikan Timbalan Perdana Menteri yang juga Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air, Datuk Seri Fadillah Yusof.

Projek melibatkan lebih 6,000 rumah di empat kawasan kediaman di City of Elmina iaitu Elmina Green, Elmina Garden, Ilham Residence dan Elmina Valley itu dilaksanakan dengan kerjasama GSPARX Sdn. Bhd., anak syarikat Tenaga Nasional Berhad (TNB).

Mengulas lanjut, kata Azmir, tenaga yang dijana akan menyokong pembangunan berhampiran seperti Innovation Park, manakala Sekolah Menengah Akademik Chong Hwa yang dijangka siap pada 2027 turut menyatakan minat untuk menjadi pembeli tenaga solar itu. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN