fbpx
Gambar hiasan

Siasatan kes akaun bank luar negara Anwar selesai pada 2022

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PUTRAJAYA – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengesahkan bahawa siasatan terhadap dakwaan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang memiliki 20 akaun bank di luar negara telah selesai pada 2022.

SPRM berkata, siasatan terhadap dakwaan tersebut telah dijalankan oleh Badan Pencegah Rasuah (BPR) pada tahun 1999.

Katanya, hasil siasatan mendapati tiada sebarang bukti atau keterangan yang boleh mengaitkan beliau dengan kesalahan jenayah rasuah atau salah guna kuasa pada ketika itu.

“Penjelasan mengenai hasil siasatan tersebut turut dinyatakan dalam akuan bersumpah oleh Datuk Abdul Razak Idris merupakan mantan Pengarah Siasatan BPR yang dibuat pada tahun 2009.

“Sebagai rekod, pihak WikiLeaks juga telah menafikan pernah menyiarkan sebarang senarai akaun bank milik Anwar seperti yang didakwa semasa sidang Parlimen berkenaan,” katanya hari ini.

Terdahulu, SPRM menjelaskan pihaknya mengambil maklum mengenai kandungan yang tular di aplikasi TikTok berhubung dakwaan terhadap Perdana Menteri yang dikatakan memiliki 20 akaun bank luar negara termasuk di Israel seperti yang disebut dalam satu sidang Parlimen pada tahun 2013.

Sehubungan itu, SPRM mengingatkan semua pihak agar tidak membuat sebarang spekulasi yang boleh mengelirukan masyarakat atau menjejaskan reputasi mana-mana individu tanpa asas yang sah.

“Penyebaran maklumat tidak sahih boleh menimbulkan kekeliruan dan mengganggu ketenteraman awam.

“SPRM kekal komited untuk menjalankan siasatan secara bebas, telus dan berintegriti selaras dengan undang-undang negara,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI