fbpx
Anwar berucap pada Perhimpunan Bulanan Bersama Warga Kementerian Kewangan di Putrajaya, hari ini. Foto oleh FAISOL MUSTAFA / KOSMO!

Penetapan RON95 300 liter ikut keperluan 98% rakyat – Anwar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PUTRAJAYA – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan penetapan 300 liter bagi program Budi Madani RON95 (Budi95) dibuat secara teliti berpandukan keperluan 98 peratus rakyat.

Perdana Menteri berkata, beliau mengakui ada pihak yang masih mempersoalkan penetapan 300 liter keperluan bagi Budi95 itu.

Beliau yang juga Menteri Kewangan berkata, penetapan itu dibuat berdasarkan rekod penggunaan bahan api oleh kebanyakan rakyat setiap bulan.

“Secara purata, penggunaannya hanya sekitar 150 liter sebulan, manakala ada yang mencecah 250 liter, terutama melibatkan kes tertentu atau penggunaan lebih daripada sebuah kenderaan dalam keluarga.

“Berdasarkan rekod, 98 peratus rakyat Malaysia menggunakan sekitar 200 hingga 250 liter sahaja. Sebab itu pada peringkat awal, cadangan maksimum ditetapkan 250 liter kerana mereka yang guna lebih daripada itu sebenarnya sangat kecil jumlahnya.

“Namun, selepas dibincangkan dan bagi mengelak ia menjadi isu, kita bersetuju menaikkan had keperluan kepada 300 liter,” katanya ketika berucap pada majlis perhimpunan bulanan Kementerian Kewangan, di sini hari ini.

Katanya, kenaikan ini dibuat bertujuan tujuan membantu rakyat walaupun kumpulan yang benar-benar menggunakan lebih daripada 250 liter itu hanyalah minoriti kecil. – KOSMO! ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI