fbpx
Gambar hiasan - Kredit Janaan AI

Penemuan mayat wanita dalam kereta di Setapak tiada unsur jenayah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KUALA LUMPUR – Siasatan berhubung kes penemuan mayat seorang wanita di dalam sebuah kenderaan berhampiran Diamond Square, Setapak, di sini, Selasa lalu tidak menemui sebarang unsur jenayah.

Ketua Polis Daerah Wangsa Maju, Asisten Komisioner Mohamad Lazim Ismail berkata, pihaknya menerima maklumat daripada orang awam berkaitan penemuan mangsa sekitar pukul 11 pagi.

“Mangsa merupakan seorang wanita warga asing berusia 58 tahun melalui hasil pengecaman oleh anak mangsa.

“Mangsa dikatakan tidak pulang ke rumah sejak satu minggu yang lalu,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Mohamad Lazim berkata, pemeriksaan mendapati tiada kesan atau unsur jenayah yang ditemui pada tubuh badan mangsa dan tempat kejadian.

Menurutnya, mangsa didapati bukan pemilik kenderaan tersebut yang mana ia dipercayai tidak bergerak dan tidak berkunci sejak April lalu.

“Kes diklasifikasi sebagai mati mengejut ( SDR ) dan bedah siasat telah dijalankan pada Rabu lalu, namun punca kematian masih belum dapat ditentukan ‘pending’,” ujarnya.

Terdahulu, media melaporkan bau busuk di kawasan premis perniagaan membawa penemuan mayat seorang wanita dalam sebuah kenderaan di Diamond Square, Setapak di sini.

Mangsa ditemui di dalam sebuah pacuan empat roda jenis Navara yang diletakkan di tepi jalan berhampiran pusat perniagaan di kawasan berkenaan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI