fbpx
Suspek diberkas di Lapangan Terbang Antarabangsa Suvarnabhumi di Bangkok kelmarin. - Viral Press

Pasangan kekasih buat hubungan intim di belakang trak pikap diberkas 

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

BANGKOK – Seorang pemengaruh warga Russia ditahan selepas melakukan hubungan intim di belakang sebuah trak pikap yang bergerak laju sebagai kandungan untuk dimuat naik di media sosial, lapor akhbar The Sun UK. 

Kejadian berlaku di Phuket, selatan Thailand kelmarin. 

Rakaman video kejadian memaparkan pempengaruh  bernama Georgy Dzugkoev, 23, berdiri tanpa seurat benang di belakang trak pikap  sambil melakukan aksi tidak senonoh. 

Pasangannya pula memegang tali yang dipasang pada belakang kenderaan agar tidak terjatuh. 

Penduduk tempatan segera menghubungi polis selepas melihat kejadian itu. 

Ketua Polis Phuket, Kolonel Chatri Chukaew mengesahkan Dzugkoev diberkas pada hari sama ketika cuba melarikan diri dengan menaiki penerbangan di Lapangan Terbang Antarabangsa Suvarnabhumi, Bangkok. 

“Dia dibawa ke Phuket untuk menghadapi hukuman sebelum dihantar pulang ke Russia. 

“Dzugkoev berdepan denda sebanyak £116 (RM654) dan penjara sehingga lima tahun jika didapati bersalah,” tambah Chukaew. – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI