fbpx
Keadaan mangsa selepas dipukul dengan tukul di sebuah rumah kedai di Jelawat, Bachok semalam. IHSAN PENDUDUK

Lelaki maut lepas pukul anak saudara dengan tukul merupakan penagih dadah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

BACHOK – Seorang lelaki yang menamatkan riwayatnya sendiri selepas memukul anak saudaranya hingga parah dengan sebatang tukul di sebuah rumah kedai di Jelawat di sini semalam merupakan penagih dadah.

Timbalan Ketua Polis Daerah Bachok, Deputi Superintendan Mohd. Azrie Sulaiman berkata, siasatan mendapati, suspek terlibat dengan penagihan dadah dipercayai memarahi mangsa berusia tujuh sebelum bertindak memukulnya dengan sebatang tukul.

Menurutnya, mangsa dilaporkan masih kritikal dan kini dirawat di Hospital Pakar Universiti Sains Malaysia, Kubang Kerian di sini.

“Motif sebenar kejadian yang menyebabkan suspek sanggup bertindak memukul anak saudaranya itu masih dalam siasatan,” katanya ketika dihubungi Kosmo! hari ini.

Mohd. Azrie memberitahu, kes disiasat mengikut Seksyen 326 Kanun Keseksaan kerana mendatangkan cedera parah dan Seksyen 31(1) Akta Kanak-kanak 2001.

Kosmo! Online semalam melaporkan, seorang penganggur dipercayai menamatkan riwayatnya sendiri selepas memukul anak saudaranya hingga parah dengan sebatang tukul dalam kejadian di sebuah rumah kedai di Jelawat di sini.

Dalam kejadian kira-kira pukul 5.15 petang itu, suspek yang berusia 46 tahun menggantung dirinya pada sebatang pokok ru di Pantai Melawi di sini, manakala mangsa berada dalam keadaan kritikal. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI