fbpx
Ummu Haiman (tengah), bersama peguam Datuk Naran Singh Ara Singh (kanan), selepas prosiding di Mahkamah Tinggi Shah Alam, hari ini. Foto oleh SHIDDIEQIIN ZON / KOSMO!

Kes Palapes UTM: Menteri Pertahanan, Mindef setuju tidak ulas kematian

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

SHAH ALAM – Menteri Pertahanan dan Kementerian Pertahanan (Mindef) bersetuju tidak lagi mengulas dan mengeluarkan kenyataan berhubung kes kematian pelatih Pasukan Latihan Pegawai Simpanan (Palapes) Universiti Teknologi Malaysia (UTM) Skudai, Allahyarham Syamsul Haris Shamsudin, 22, sehingga siasatan selesai.

Persetujuan itu dimaklumkan kepada Mahkamah Tinggi selepas pihak pemohon menerima surat aku janji daripada pihak responden susulan notis usul permohonan difailkan ibu Allahyarham, Ummu Haiman Bee Daulatgun, 45.

Peguam Naran Singh yang mewakili Ummu Haiman berkata, pihaknya menerima salinan surat berkenaan pagi ini daripada Peguam Kanan Persekutuan, Roziza Sidek, yang mewakili responden.

“Justeru, kami mohon agar perenggan ketiga direkodkan, iaitu Menteri Pertahanan dan Mindef memberi satu aku janji kepada pemohon bahawa tiada kenyataan lanjut berhubung siasatan kes ini akan dikeluarkan melalui mana-mana media sehingga ia selesai.

“Dengan itu, kami juga menarik balik larangan sementara yang dikeluarkan mahkamah pada 18 September lalu kerana surat aku janji sudah diterima,” katanya pada prosiding hari ini.

Hakim Adlin Abdul Majid kemudiannya merekodkan surat bertarikh 24 September itu yang dikeluarkan Mindef dan mengesahkan penerimaannya di mahkamah.

Kosmo! pada 18 September lalu melaporkan keluarga Allahyarham Syamsul Haris Shamsudin mendapat aku janji interim berkaitannya selepas menerima aku janji sementara dikeluarkan Roziza mewakili Menteri Pertahanan dan kementerian itu. – KOSMO! ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI