fbpx
JAUH di mata, deKat di jiwa. Sebagai suami, Adwa Nadzmi hanya mampu berdoa untuk segala kemungkinan yang bakal menimpa isterinya, Ardell yang kini belayar bersama-sama delegasi GSF menghampiri Gaza.

‘GSF akan diserang? Saya memang berdebar, doa tanpa henti’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Pelakon Nadzmi Adhwa mengakui hanya mampu berserah kepada Allah mengenai keselamatan isterinya, pelakon Ardell Aryana yang menyertai misi kemanusiaan Global Sumud Flotilla (GSF), susulan laporan bahawa konvoi terbabit berdepan ancaman serangan daripada Israel.

Tidak berdaya melakukan apa-apa, Nadzmi atau nama penuhnya Nadzmi Adhwa Nor Adzmi, 33, hanya bergantung pada doa menghadapi sebarang kemungkinan.

“Saya memang berdebar. Kami yang dekat sini berserah dan reda sahaja, macam Ardell sendiri pun dia dah reda.

“Jadi, kalau macam Ardell, dia dah tak fikir pasal dia, semua tentang Gaza. Dia punya niat memang nak sampai sana dulu.

“Cuma dapat tahu nak serang habis-habisan kita  doa tanpa henti. Itu sahajalah boleh cakap dari jauh ini,” katanya ketika dihubungi Kosmo!.

Pada masa sama, Nadzmi mengakui fikirannya kerap terganggu memikirkan keadaan Ardell, namun dia cuba untuk kekal positif dan yakin dengan ketentuan Allah.

Dia juga berharap Ardell dapat kembali ke pangkuannya seperti mana dia menghantar isterinya ke lapangan terbang sebelum ini.

“Otak memang sentiasa memikirkan isteri tapi kalau kita ‘over’ sangat fikir pun tak boleh juga.

“Jadi kita di sini pun mendoakan dialah. Apa yang kita harapkan adalah macam mana kita hantar dia pergi, macam tulah harapnya dia pulang pada kami.

“Kita pun nak mendoakan agar semua rakyat Malaysia dapat doa supaya misi GSF akan dapat selesaikan misi itu, insya-Allah. Itulah senjata utama kita,” jelasnya.

Kali terakhir berhubung dengan isteri, Nadzmi mampu menasihatkan untuk lebih kuat memandangkan Ardell dalam keadaan tidak sihat.

“Saya tak boleh nak hubungi dia pun, tak dapat.

“Kali terakhir berhubung, saya beritahu untuk teruskan dan kuatkan semangat sebab sepatutnya hari itu dia kena patah balik tapi dia tetap nak teruskan,” tuturnya lagi.

Sebelum ini, beberapa negara memberi amaran kepada rakyat masing-masing yang menyertai Global Sumud Flotilla bagi memecahkan kepungan di Gaza bahawa mereka terdedah kepada serangan Israel pada bila-bila masa

Menurut laporan media antarabangsa, tentera Israel memberi amaran bahawa mereka sedia untuk menyekat atau mengintersepsi flotilla tersebut, yang disifatkan sebagai percubaan menembusi sekatan laut Israel terhadap Gaza.

Selain Ardell, GSF turut disertai 34 aktivis Malaysia antaranya pengamal media Zainal Rashid Ahmad, personaliti media sosial, Farah Lee serta dua penyanyi, Zizi Kirana dan Heliza Helmi. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI