MENGENAKAN kebaya songket, Afifah Dayana Mohd. Haizal, 24, tampil dengan penuh keyakinan di atas pentas untuk memperagakan pakaian tradisional tersebut. Malah, dia menerangkan secara terperinci kepada juri di Grand Final Miss Malaysia Kebaya (MMK) 2025 mengenai pemilihannya menggayakan kebaya songket. Ternyata kebaya songket membawa tuah kepada Afifah Dayana apabila gadis berasal dari Kelana Jaya, Selangor itu dinobatkan sebagai pemenang kategori dewasa pada pertandingan MMK 2025 baru-baru ini. Mula diwujudkan pada tahun 2010, MMK merupakan perintis pertandingan ratu kebaya di Malaysia……