PETALING JAYA – Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir dan hujan lebat yang dijangka melanda sebelas negeri petang ini.
MetMalaysia memaklumkan dalam satu kenyataan, amaran itu melibatkan negeri Kedah, Perak, Kelantan, Terengganu, Pahang, Selangor, Kuala Lumpur, Negeri Sembilan, Melaka, Johor dan Sarawak.
“Antara kawasan yang dijangka terjejas adalah Kubang Pasu, Padang Terap, Sik, Baling dan Kulim, Kedah dan Hulu Perak, Kuala Kangsar, Kinta, Kampar, Batang Padang dan Muallim di Perak.
Selain itu, di Kelantan adalah Pasir Mas, Tanah Merah, Machang, Pasir Puteh dan Gua Musang manakala di Terengganu adalah Besut, Setiu, Marang dan Dungun,” ujarnya.
Amaran kawasan lain yang terbabit adalah Tanah Tinggi Cameron, Lipis, Raub, Bentong, Temerloh dan Bera di Pahang dan Hulu Selangor, Gombak dan Hulu Langat, Selangor.
Turut terjejas ialah seluruh kawasan di Kuala Lumpur manakala di Negeri Sembilan adalah Jelebu, Kuala Pilah, Jempol dan Tampin.
Sementara itu, amaran turut dikeluarkan di Jasin, Melaka selain beberapa kawasan di Johor iaitu Tangkak, Segamat, Muar, Batu Pahat, Kluang, Kulai dan Kota Tinggi termasuk Kapit (Song) di Sarawak. -KOSMO! ONLINE