fbpx
Tangkap layar memaparkan hantaran oleh ZRA Strim di laman TikTok.

[VIDEO] Sumud Flotilla hampiri zon kuning

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Selepas hampir lapan jam bergelut dengan badai besar di Lautan Mediterranean, kapal-kapal Global Sumud Flotilla (GSF) kini meneruskan pelayaran ke arah pantai Gaza dengan penuh debaran.

Dalam satu hantaran di laman TikTok, aktivis kemanusiaan, Zainal Rashid Ahmad memaklumkan, kesemua 53 kapal berjaya mengharungi ombak tinggi dan angin kencang yang memaksa mereka bergerak hampir ke tebing Kepulauan Kreta, Greece.

Menurutnya, pelayaran dijangka mengambil separuh hari lagi untuk keluar dari perairan Greece sebelum memasuki perairan antarabangsa yang lebih terbuka.

“Selepas ini, armada akan memasuki ‘zon kuning’ iaitu kawasan paling mencabar kerana berdepan risiko besar dengan pasukan tentera Israel (IDF). Kami mohon doa seluruh rakyat agar misi ini berjaya sampai ke Gaza,” katanya.

Misi Global Sumud Flotilla kini memasuki hari kelapan dan membawa bantuan kemanusiaan termasuk makanan, perubatan serta keperluan kanak-kanak untuk disalurkan kepada penduduk Gaza yang terkesan akibat konflik yang berterusan.- KOSMO! ONLINE

@zrastrimALHAMDULILLAH Walaupun tersebar khabar — mengenai ancaman IS L yang dijangka agresif malam tadi; semuanya berlalu dengan selamat. Cuma, laut bergelora dan angin kencang. Semua kapal Global Sumud Flotilla belayar di Tebing Crete, Greece — bagi mengelakkan kesan ombak tinggi dan laut bergelora. Pagi ini; hari kelapan; matahari terbit indah seperti selalu. Bot-bot pelayar kembali dipacu laju — mengejar waktu. Inshallah… empat hari lagi; kami sampai ke Ghazzah. Sebagai flotilla gerakan awam; bahaya pasti ada. Kita berdepan tentera paling zalim di dunia pada alaf ini. Kita doakan Falash Teen merdeka.

♬ original sound – ZRA STRIM

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI