fbpx
Sabronzo dikatakan sudah bernikah dengan seorang DJ bernama Dash Berlin di Bali, Indonesia.

Tular bergaun pengantin, Sabronzo dah nikah di Bali?

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Tular gambar bergaun pengantin, anggota Dolla, Sabronzo didakwa sudah bergelar isteri kepada seorang DJ (disc jockey) asal Belanda, Dash Berlin pada majlis yang dipercayai diadakan di Bali, Indonesia.

Sumber berkata, Sabronzo atau nama sebenarnya Wan Sabrina Wan Rusli, 30, berkemungkinan besar melangsungkan perkahwinan di pulau peranginan itu kira-kira dua minggu lalu.

“Kena tanya tuan punya badan. Tapi gambar tular memang berlatarkan sebuah destinasi percutian di Indonesia,” kata sumber.

Terdahulu, foto perkahwinan seorang wanita menyerupai penyanyi popular terbabit sedang tular di laman sosial Threads.

Individu berkenaan mengenakan busana pengantin putih di sebuah majlis perkahwinan ala barat, sementelah lelaki pula mengenakan sut rona senada.

Menjengah ruangan komen, ramai peminat mengucapkan tahniah, namun berteka-teki tentang kesahihan berita terbabit.

Nama Dash Berlin yang kali terakhir berkongsi kehadirannya di Konsert Pinkfish di negara ini pada 31 Disember tahun lalu disebut sebagai suami Sabronzo kerana mereka saling mengikuti akaun Instagram masing-masing.

Sebelum ini, Sabronzo pernah mengakui menjalin hubungan seorang DJ antarabangsa namun lebih selesa menjaga privasi berkaitan hal peribadi

Usaha mendapatkan kepastian wakil syarikat rakaman berhubung khabar pernikahannya juga belum berhasil. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI