fbpx
Gambar hiasan.

Sayang periuk lama, nyawa jadi taruhan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KLANG – Sikap segelintir penduduk tempatan yang menyimpan barangan lama seperti periuk belanga dan penutup tandas menyebabkan nyawa mereka menjadi taruhan apabila menjadi penyebab pembiakan nyamuk aedes di daerah ini.

Timbalan Datuk Bandar Majlis Bandaraya Diraja Klang (MBDK), Mohd. Zary Affendi Mohd. Arif berkata, tindakan mereka itu dipengaruhi oleh nilai sentimental terhadap barangan itu seterusnya menjadi cabaran dalam menangani aedes.

Katanya, barang-barang yang boleh menakung air kemudiannya diletakkan di sekeliling kawasan kediaman termasuk di lorong-lorong perumahan.

“Penyumbang terbesar di kalangan warga tempatan dengan lokaliti banyak taman perumahan dengan kebanyakan punca bukan dari sampah sahaja sebaliknya dari kawasan rumah sendiri.

“Kadang-kadang ada barang yang mempunyai nilai sentimental penduduk yang sayang untuk dibuang seperti periuk belanga, tayar, mesin basuh yang tidak di pakai lagi malah penutup tandas.

“Cabaran timbul apabila pihak berkuasa perlu mendapatkan kebenaran untuk masuk ke kawasan rumah bagi meminta membuang barang itu dibuang,” katanya ketika ditemui pemberita selepas menyempurnakan Hari Kesihatan Persekitaran MBDK, hari ini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN