fbpx
Allahyarham Zara Qairina

Saksi beritahu mahkamah Zara Qairina sering cakap lebih baik mati

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KOTA KINABALU – Sejak April lalu, Allahyarham Zara Qairina Mahathir sering menyuarakan rasa kecewanya dan mendakwa dirinya tidak disayangi oleh sesiapa.
Peguam Azhier Farhan Arisin juga memberitahu, salah seorang saksi berkata Zara Qairina juga pernah mengadu pada salah seorang saksi mengenai rasa tidak disayangi.

“Saksi ada menyatakan bahawa sejak April lalu, Zara selalu bercerita bahawa dia kecewa dengan kehidupannya. Zara pernah didengar berkata bahawa dia tidak layak untuk hidup dan lebih baik mati sahaja.

“Saya juga ada merujuk kepada saksi tulisan yang mana saksi mengenal pastinya sebagai tulisan Zara. Saksi itu menyatakan luahan ‘Ya Allah, kenapa aku dibenci tidak disuka oleh orang’ sering diucapkan oleh Zara dan turut ditulis dalam diari,” kata peguam itu.

Selain itu, seorang lagi saksi kanak-kanak dalam keterangannya menyatakan bahawa Zara Qairina pernah menimbulkan persoalan sama ada, adakah sesiapa yang akan sayang kepadanya jika sesuatu berlaku.

Peguam Joan Goh berkata, luahan tersebut telah dinyatakan lebih 10 kali.

“Ada dua saksi kanak-kanak yang menyatakan bahawa Zara Qairina telah memberitahu dan bertanya kepada mereka lebih daripada 10 kali yang mana Zara Qairina bertanya kalau sesuatu berlaku padanya, adakah orang yang sayang padanya. Zara Qairina juga ada bertanya apakah perasaan kawan-kawannya sekiranya berlaku terhadapnya,” kata Joan.

Sementara itu, salah seorang saksi kanak-kanak yang juga salah seorang tertuduh dalam kes berlainan memberitahu mahkamah bahawa dua hari sebelum Zara Qairina ditemukan tidak sedarkan diri, remaja itu berselisih faham dengan ibunya, Noraidah Lamat.

“Keterangan saksi kanak-kanak pertama juga menyatakan sebenarnya dua hari sebelum Zara ditemukan tidak sedarkan diri, saksi ini ada balik bermalam bersama Zara. Ketika balik semula ke asrama, mereka dihantar oleh ibu Zara dan terdapat insiden (ketika dalam perjalanan) Zara dimarahi ibunya.

“Apabila tiba di asrama, ibu Zara cuba salam tapi menurut saksi itu, salam tersebut seperti tidak ikhlas. Saksi turut menyatakan itu kali terakhir ibu Zara berjumpa dengan Zara dan Zara pulang ke asrama dalam keadaan marah dengan ibunya,” kata Azhier Farhan.

Prosiding bersambung hari ini.- KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI