PETALING JAYA – Seorang wanita berang setelah ‘berjaya’ menangkap suami yang didakwa curang bersama wanita lain ketika mengambil ubat di sebuah klinik kesihatan di percayai di Lembah Klang semalam.
Menerusi perkongsian di TikTok, lelaki terbabit dilihat terkejut apabila isterinya sedang merakamnya yang cuba memeluk bahu wanita lain selepas mengambil ubat di kaunter kesihatan itu. Wanita itu kelihatan sudah menunggu lama sambil merakam video dari belakang suaminya bersama seorang wanita lain.
“Curang bukan tersilap, tapi kau memang pengecut,” tulisnya di ruangan kapsyen.
Dalam video berdurasi 1 minit 26 saat itu memperlihatkan wanita yang didakwa ada hubungan dengan lelaki itu hanya mengelak untuk memberi jawapan dan menyuruh si isteri menyoal sahaja suaminya sendiri.
Insiden itu mencetus pelbagai reaksi dalam kalangan orang ramai yang turut berang dengan situasi tersebut.
“Video curang terbaik tahun ini. Tak gegar macam gempa bumi dan video jelas. Paling penting penampar padu,” komen @Skies
“Kalau dah sekali curang, akan ada kali kedua dan 10 juta seterusnya, penyakit yang tiada ubatnya,” kata Hasri.
“Jangan percaya kak kalau mereka kata tiada hubungan apa-apa. Tadi nak peluk dah tu tapi sebab nampak akak rakam terus tak jadi,” komen @Bunga. – KOSMO! ONLINE