fbpx
Barisan pemain Newcastle United meraikan kemenangan di bilik persalinan. Foto ihsan Facebook NUFC

Piala EFL: Pusingan keempat cabaran sebenar Newcastle

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

LONDON – Pengendali Newcastle United, Eddie Howe menyeru pasukan perlu tampil lebih serius jika berhasrat untuk mempertahankan trofi Piala Liga Inggeris (EFL) selepas mara ke pusingan keempat musim ini.

Pada aksi pusingan ketiga bertemu Bradford City awal pagi tadi, skuad The Magpies berjaya mempamerkan taring sebenar dengan melakar keputusan 4-1 hasil jaringan berganda Joelinton dan William Osula.

Kata Howe, kemenangan tersebut cukup penting untuk menaikkan moral pasukan selepas gagal mempamerkan prestasi konsisten musim ini.

“Pujian wajar diberikan kepada pemain yang bekerja keras sepanjang perlawanan untuk meraih keputusan positif. Walaupun menentang kelab liga bawahan, saya lihat kita masih bergelut untuk menang kerana saingan yang diberikan cukup sengit,” katanya.

Mengulas mengenai sasaran, Howe mengakui pasukan berdepan tugas yang sukar untuk mempertahankan trofi Piala EFL yang dimenangi musim lalu selepas diundi bertemu Tottenham Hotspur di pusingan keempat.

“Saya rasa mentaliti pemain adalah sama iaitu mahu mengekalkan kejuaraan ini tidak kira pasukan mana yang perlu kita hadapi.

“Namun, buat masa ini kita fokus satu perlawanan ke satu perlawanan kerana sekarang kita dalam fasa mengharungi jadual padat,” katanya. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN