fbpx
Misi Global Sumud Flotilla memulakan pelayaran pada 31 Ogos lalu dari pelabuhan Barcelona.

Pelayaran Global Sumud Flotila aman, tiada lagi dron

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Misi kemanusiaan Global Sumud Flotila (GSF) berlayar ke perairan Gaza dalam keadaan aman ketika ini.

Pendakwah bebas, Rahmat Ikhsan atau lebih dikenali sebagai PU Rahmat berkata, tiada dron dilihat mengekori pelayaran tersebut.

“Jadual berjaga malam saya telah tamat. Tiada ‘penampakan’ dron,” katanya menerusi hantaran di media sosial hari ini.

Kelmarin, Israel dipercayai meletupkan ‘bom kilat’ berhampiran konvoi bot peserta misi kemanusiaan GSF.

Objek tidak dikenali turut dijatuhkan terhadap beberapa buah bot dari dron yang mengekori rombongan pelayaran tersebut.

Bagaimanapun tiada kecederaan dilaporkan dan misi pelayaran diteruskan selepas beberapa kerosakan kecil dikenal pasti.

Israel yang menuduh konvoi GSF digerakkan oleh Hamas namun tidak mengaku bertanggungjawab terhadap insiden tersebut. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN