fbpx
SEORANG gadis dicekup bersama kekasihnya di sebuah hotel di pantai peranginan di Kota Tinggi memberi alasan penat mandi laut ketika ditahan berkhalwat semalam.

Pasangan kekasih ‘check in’ hotel sebab letih mandi laut

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KOTA TINGGI – Hasrat sepasang kekasih untuk menikmati percutian romantik di tepi pantai berakhir dengan ‘derita’ apabila mereka dicekup selepas disyaki berkhalwat di sebuah bilik hotel di daerah ini.

Dalam operasi kira-kira pukul 11.30 malam semalam itu, penguatkuasa Jabatan Agama Islam Negeri Johor (JAINJ) mengetuk pintu bilik berkenaan hampir lima minit sebelum dibuka oleh seorang lelaki berusia 20-an yang hanya berbaju T dan bertuala.

Menurut jurucakap JAINJ, ketika diperiksa, keadaan bilik yang gelap sebelum disuluh turut menjumpai seorang wanita yang hanya memakai baju T dan bertuala.

“Pemeriksaan lanjut menemui pakaian dalam pasangan itu berselerak di atas kerusi dan bawah meja, manakala cadar katil dalam keadaan turut tidak kemas.

“Dakwa mereka, penat selepas seharian mandi laut hingga terus tertidur sebaik masuk bilik. Namun melihat keadaan katil, kami sukar percaya,” kata sumber penguat kuasa.

Hasil siasatan mendapati pasangan berkenaan masih bujang dan datang dari Johor Bahru sejak pagi untuk bercuti selain mengakui sudah lama menjalinkan cinta dan mendakwa dalam perancangan untuk bertunang.

Bagaimanapun, alasan tersebut tidak melepaskan mereka daripada dikenakan tindakan kerana disyaki berkhalwat.

Jika sabit kesalahan, mereka boleh dikenakan hukuman denda sehingga RM3,000 atau penjara maksimum dua tahun atau kedua-duanya sekali.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI