fbpx
ROMA membuka kempen pentas Eropah dengan langkah kanan apabila membenam cabaran Nice. - Foto ihsan AS Roma

Liga Europa: AS Roma puas benam Nice

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

NICE – Pengurus AS Roma, Gian Piero Gasperini tidak mahu terlalu meraikan kemenangan 2-1 ke atas Nice pada aksi pertama Liga Europa, awal pagi tadi.

Gasperini berpendapat masih banyak perkara yang perlu dibaiki dan merasakan anak buahnya harus cepat belajar daripada setiap kesilapan yang berlaku pada perlawananan kali ini.

Malah, Gasperini juga merasakan sepakan penalti Nice yang menghasilkan jaringan kepada kelab Perancis itu juga sepatutnya mampu dielakkan

“Kami sudah bermain banyak perlawanan dan memang benar kami mempunyai pertahanan yang agak bagus. Aksi kami agak baik, tetapi apa yang penting adalah bagaimana kami mengharungi tempoh terakhir dalam perlawanan.

“Inilah bola sepak tahap tinggi dan pemain saya kena cepat belajar daripada kesilapan yang berlaku. Penalti itu sepatutnya boleh dielakkan dan pemain perlu belajar daripada kesilapan berkenaan,” katanya.

Terdahulu, AS Roma memperoleh dua gol daripada dua pemain pertahanannya, Evan N’Dicka dan Gianluca Mancini, manakala jaringan Nice hadir menerusi Terem Moffi.

Ini adalah kali pertama pemain pertahanan Roma menghasilkan lebih daripada satu gol, namun Gasperini menegaskan tanggungjawab menjaringkan gol tidak hanya terhad kepada pemain penyerang. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN