fbpx
Lelaki dari Malaysia (kiri) dan warga tempatan ditahan dalam serbuan di sebuah rumah di Sungai Golok, Thailand awal pagi tadi. Foto IHSAN PIHAK BERKUASA THAILAND.

Lelaki Malaysia bawa 4,000 biji pil kuda ditahan di Sungai Golok

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

SUNGAI GOLOK, THAILAND – Cubaan dua lelaki termasuk seorang warga Malaysia untuk menyeludup 4,000 biji pil kuda gagal selepas mereka ditahan di sebuah rumah di Jalan Prachawiwat, Mukim Sungai Golok awal pagi tadi.

Dalam serbuan kira-kira pukul 1 pagi itu, lelaki berusia 23 tahun tersebut ditahan bersama rakannya 25 tahun yang merupakan rakyat tempatan.

Jurucakap pihak berkuasa Thailand berkata, operasi khas diketuai Pegawai Daerah Sungai Golok, Supeeyan Daemaleng dijalankan selepas menerima maklumat orang awam berkaitan sindiket pengedaran dadah.

Katanya, siasatan mendapati kesemua dadah tersebut dipercayai akan diseludup ke Malaysia.

“Rakyat Malaysia yang ditahan itu berasal dari Kampung Batu Jong, Kuala Krai, Kelantan, manakala warga tempatan pula dari Mukim Batong, Daerah Rueso, Narathiwat.

“Mereka akan dituduh secara bersama memiliki dadah kategori 1 (methamphetamine) dengan niat untuk mengedar dan tujuan komersial,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Kedua-dua suspek dan dadah yang dirampas diserahkan kepada pasukan penyiasat Balai Polis Sungai Golok di sini untuk tindakan lanjut. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN