fbpx
Mayat mangsa dibawa ke jeti pekan Kanowit sebelum disahkan oleh ahli keluarganya.

Lelaki jatuh sungai ditemukan mati terapung

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KANOWIT – Jasad lelaki yang hilang selepas terjatuh di Sungai Batang Rajang di sini ketika membuang air besar di hujung tongkang ditemukan terapung, hari ini.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Bomba Sarawak berkata, mayat mangsa dijumpai orang awam pukul 8.57 pagi pada jarak sekitar lima kilometer dari Pusat Kawalan Bomba.

“Pihak bomba bersama polis dan Angkatan Pertahanan Awam masing-masing menggunakan bot bergerak ke lokasi setelah dimaklumkan oleh orang awam. Setelah tiba di lokasi, mayat mangsa diletakkan ke dalam beg mayat untuk dibawa ke jeti pekan Kanowit,” katanya dalam kenyataan.

Beliau berkata, setiba di jeti, mayat lelaki warga tempatan berusia 54 tahun itu telah disahkan oleh keluarganya yang turut berada di lokasi.

Terdahulu, mangsa hilang kira-kira pukul 10.40 pagi semalam, selepas terjatuh ke sungai ketika sedang membuang air besar di hujung tongkang yang sedang ditunda oleh sebuah bot tunda menyusuri Sungai Batang Rajang. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI