fbpx
BUMBUNG rumah Rohayah di Kampung Makam, Kota Tinggi tercabut dipukul angin ribut dalam kejadian petang hari ini.

Laung selawat rumah dibadai ribut, bumbung tercabut

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KOTA TINGGI – Seorang wanita dan menantunya hanya mampu berselawat selepas tergamam ketika rumahnya dibadai ribut petang tadi sehingga menyebabkan atap kediamannya di Kampung Makam itu tercabut.

Rohayah Abdul Rahim, 58, berkata, kejadian berlaku kira-kira pukul 2.30 petang tadi ketika dia dan menantu sedang berbual di dapur.

Katanya, tidak lama kemudian kedengaran bunyi kuat dari atas bumbung seolah-olah seperti ada orang sedang berlari ketika ribut melanda.

“Kami berdua sahaja, suami sudah keluar bekerja masa kejadian berlaku. Mula-mula kami mendengar bunyi angin beserta hujan, semakin lama ia semakin kuat hingga kami mula bimbang.

“Apabila mendengar bunyi kuat seperti orang berlari atas bumbung, kami hanya duduk sambil membaca selawat. Tidak lama selepas itu, bunyi kuat itu hilang. Sebaik reda kami melihat di ruang tamu, dan mendapati air masuk ke dalam rumah selepas tujuh hingga 10 keping atap diterbangkan angin,”katanya di sini hari ini.

Rohayah berkata, selain bumbung, perabot rumahnya juga mengalami kerosakan akibat bencana itu namun bersyukur kerana dia dan menantunya selamat dalam kejadian itu.

Dalam pada itu, Ketua Kampung Makam, Shamsul Kamar Othman berkata, sebanyak tiga rumah mengalami kerosakan bumbung akibat ribut yang melanda kawasan perkampungan itu.

Menurutnya, ia termasuk sebuah rumah milik keluarga asnaf yang mengalami kerosakan hampir 40 peratus bumbung.

“Setakat ini tiada kemalangan jiwa dilaporkan, kami sedang mengumpul maklumat mangsa dan kerosakan dialami untuk disalurkan kepada pihak berkaitan,”katanya.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN