fbpx
IDENTITI misteri mayat rentung dalam kereta Perodua Myvi terbakar di kawasan tebing Pantai Sungai Lurus, Senggarang, Batu Pahat petang semalam dikenalpasti adalah seorang lelaki tempatan warga emas.

Identiti mangsa rentung dalam Myvi dikenal pasti

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

BATU PAHAT – Identiti mangsa yang rentung di dalam kereta Perodua Myvi terbakar di kawasan tebing Pantai Sungai Lurus, Senggarang, petang semalam dikenal pasti adalah seorang lelaki tempatan warga emas.

Ketua Polis Daerah Daerah Batu Pahat, Asisten Komisioner Shahrulanuar Mushaddat Abdullah Sani berkata, lelaki berkenaan dianggarkan berusia 72 tahun berdasarkan hasil siasatan awal berpandukan nombor daftar kenderaan, keluarga dan jiran si mati.

Bagaimanapun, pengesahan rasmi identiti rangka manusia itu bagaimanapun akan disahkan melalui ujian Asid Deoksiribonukleik (DNA).

“Anggota bertugas dari Balai Polis Senggarang pergi ke tempat kejadian pukul 5.28 petang semalam selepas menerima maklumat kejadian daripada anggota Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Rengit. Bomba menyatakan terdapat sebuah kereta bersama seorang mangsa telah rentung di kawasan tebing Pantai Sungai Lurus.

“Susulan itu, siasatan dilakukan sepasukan anggota dari Bahagian Siasatan Jenayah Daerah (BSJD) Batu Pahat bersama-sama Pasukan Forensik D10 Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Kontinjen Johor dan Balai Polis Senggarang,” katanya melalui kenyataan hari ini.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN