fbpx
Seorang penduduk meninjau kesan runtuhan struktur benteng Jalan Mengabang Telipot - Batu Rakit, Kuala Nerus hari ini.

Hampir siap 99 peratus tetapi runtuh semula

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KUALA NERUS – Projek membaik pulih Jalan Mengabang Telipot – Batu Rakit berhampiran Kampung Tanjung di sini yang hampir siap 99 peratus kembali mengalami kerosakan teruk dipercayai akibat hakisan pantai malam tadi.

Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu, Asisten Komisioner Azli Mohd. Noor berkata, runtuhan melibatkan sebahagian struktur benteng laluan itu yang menghadap pantai dikesan berlaku pukul 9.30 malam, disyaki berpunca daripada hakisan pada bahagian bawah struktrur terbabit.

“Sewaktu runtuhan berlaku, cuaca baik dan tiada fenomena air pasang besar. Tiada kecederaan dan kemalangan jiwa. Buat masa ini, Jabatan Kerja Raya (JKR) menutup sepenuhnya laluan itu sehingga disahkan kembali selamat,” katanya ketika dihubungi Kosmo! di sini hari ini.

Sebelum ini, Jalan Mengabang Telipot – Batu Rakit mengalami kerosakan teruk akibat hakisan pantai yang berlaku pada musim tengkujuh pada bulan Januari lalu.

Kerja-kerja pembaikan melibatkan kos RM4.95 juta menggunakan peruntukan Sistem Maklumat Rekod Jalan Raya Malaysia (Marris) telah dilakukan.

Projek baik pulih jalan berkenaan sepatutnya dijangka siap sepenuhnya pada bulan depan menjelang bermula semula Monsun Timur Laut. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN