PETALING JAYA – Misi kemanusiaan Global Sumud Flotilla (GSF) menerima sumbangan terkumpul sebanyak RM1,083,752 setakat pukul 9.40 pagi ini.
Sumud Nusantara dalam satu hantaran di Facebook berkata, sumbangan yang disasarkan untuk misi itu sebanyak RM2 juta.
“Dana diperlukan dalam memastikan perjalanan GSF berjalan dengan lancar dan berjaya sampai di destinasi akhir, Gaza, Palestin.
“Ayuh semua mengambil bahagian untuk melakar sejarah baru GSF dalam misi bantuan ke Gaza,” kata Sumud Nusantara hari ini.
Sumbangan untuk misi global GSF dengan matlamat mengumpulkan dana yang lebih besar untuk menghantar bantuan ke Gaza. – KOSMO! ONLINE