fbpx
INTAN Najuwa kini naik angin dengan sikap seorang pereka fesyen yang seperti mengelak daripada membayar hutang berjumlah mencecah jutaan ringgit kepadanya.

‘Berjuta jumlah, bila masa bayar balik jadi ular putar belit’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Hilang sabar, pelakon Intan Najuwa membuat pendedahan tentang sikap putar belit seorang seorang pereka fesyen terkenal yang gagal melunaskan hutang berjumlah jutaan ringgit terhadapnya.

Menurut Intan, 28, kemarahan tersebut dimuatnaik dalam media sosial selepas melihat tindakan pereka fesyen yang tidak dinyatakan indentiti itu semakin culas dan mengelak daripada membuat bayaran balik injaman seperti yang sudah dimeterai dalam surat perjanjian sebelum ini.

“Ada satu pereka fesyen popular ini, ketika perlukan perlukan pinjaman dan saya nak buat pelaburan, janji manis bukan main.

“Bila tiba masa bayar balik, ikut perjanjian hitam putih, jumlah yang dipersetujui, tiba- tiba jadi ular, pandai putar belit.

“Kalau sikit tak mengapa tetapi berjuta ya jumlahnya. Tak apa kami ada perjanjian, bukti dan peguam.

“Cakap sentiasa boleh diputarkan, tapi fakta dan kontrak tak boleh lari,” katanya dalam Instagram hari ini.

Tambah Intan, lebih membuatkan dia berang apabila individu terbabit kerap menayang kemewahan termasuk percutian dan barangan berjenama.

“Sangat kelakar, hidup mewah tayang sana ini, kereta dan bercuti tetapi nak langsaikan hutang yang wajib dibayar pun tidak boleh.

“Kekayaan sebenar bukan apa yang ditunjuk tetapi bagaimana hormat janji dan amanah. Tidak sabar nak dedahkan siapa,” katanya lagi.

Tidak pernah berniat untuk menghebahkan perkara tersebut kepada umum, Intan bagaimanapun menukar fikiran selepas memikirkan perbuatan si penghutang yang sudah beberapa tahun melanggar kontak perjanjian.

“Pada awalnya kami hanya mahu tenang dan tiada drama serta enggan semua ini berakhir dengan buruk.

“Namun kali ini paling sukar. Bila masuk bab nak bayar balik, macam-macam alasan pula keluar, pusing cerita seolah-olah kami tak tahu undang-undang, sedangkan semuanya sudah hitam putih dalam kontrak.

“Memang terlalu melampau. Pada tahap ini, rasa hormat itu sudah hilang.

“Bila kepercayaan berulang kali dikhianati, tak akan boleh dibeli semula walau sebesar mana pun gaya mewah yang cuba ditunjukkan di luar,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN