fbpx
Gaurav Bhatia. - YouTube

Berang diejek, ahli politik tidak pakai seluar mahu saman netizen

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

NEW DELHI –  Seorang ahli politik merangkap jurucakap parti pemerintah India, BJP memfailkan saman terhadap orang ramai yang mengejeknya di media sosial kerana muncul di kaca televisyen tanpa memakai seluar, lapor akhbar The Independent semalam.

Gaurav Bhatia memfailkan saman fitnah di Mahkamah Tinggi Delhi kelmarin, dengan mendakwa, klip video menunjukkan dia tidak berpakaian sempurna itu  diedarkan tanpa persetujuannya.

Gaurav muncul dalam perbahasan di kaca televisyen pada 12 September lalu dengan memakai tunik India tetapi tanpa seluar yang sesuai. 

Klip video itu tular di media sosial, menyebabkan netizen serta ahli-ahli politik pembangkang menyindir Gaurav dan membuat hantaran mengejeknya.

Dalam saman tersebut,  Gaurav meminta  mana-mana kandungan online mengenai kejadian itu yang mengandungi bahasa ‘kesat’ dipadamkan kerana boleh merosakkan reputasi yang dipupuk selama beberapa dekad.

Dia seterusnya berhujah bahawa kandungan sedemikian perlu dibuang  kerana sebahagiannya dijana menggunakan aplikasi kepintaran buatan (AI) serta gambar yang diubah suai.

Hakim Amit Bansal yang mendengar saman itu kelmarin berkata, Gaurav yang berada dalam arena politik sepatutnya mempunyai hati kental.

Hakim berkata, beliau akan memberikan injunksi terhadap hantaran berunsur fitnah yang merujuk kepada alat sulit Gaurav, namun tidak akan menyekat kandungan satira dan sindiran berkaitan dengan video itu. – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN