fbpx
ZHE YIE

Zhe Yie pertaruh ‘ilmu’ di Sepanyol

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PENGALAMAN berharga berlatih di Sepanyol menjadi bekalan paling berguna buat pelumba muda negara, Kee Zhe Yie untuk merebut jersi putih selaku Pelumba Terbaik Asia pada Le Tour de Langkawi (LTdL) 2025 bermula 28 September ini.

Kembali menyarung jersi kebangsaan buat kali pertama selepas tiga tahun, pelumba berusia 22 tahun itu yang kini bersama kelab Sepanyol, Caja Rural-Alea itu, lebih yakin untuk menggalas cabaran negara kali ini.

Menurut Zhe Yie, persekitaran perlumbaan Eropah yang lebih mencabar dengan laluan berbukit membantunya lebih fokus, sekali gus meningkatkan prestasinya sebagai seorang pelumba.

“Saya berterima kasih kepada jurulatih skuad berbasikal lebuhraya negara, Mohd. Yusof Abdul Nasir kerana memberi peluang kepada saya untuk kembali bersama pasukan kebangsaan dalam saingan LTdL 2025 ini.

“Dengan pengalaman saya perolehi di Sepanyol, sudah tentu saya lebih yakin untuk menghadapi perlumbaan kali ini. Latihan bersama Caja juga amat baik dan fokus kepada latihan berbukit dan sedikit sebanyak membantu saya,” katanya.

Pelumba kelahiran Dungun itu meletakkan sasaran untuk memberi saingan sengit di peringkat pendakian, khususnya Peringkat 5 di Bukit Fraser.

“Saya akan cuba untuk mendapatkan jersi Pelumba Terbaik Asia atau memenangi mana-mana peringkat perlumbaan. Saya akan cuba memberikan saingan terbaik di peringkat pendakian seperti di Bukit Fraser,” jelasnya.

Skuad kebangsaan menyenaraikan pelumba berpengalaman seperti Muhammad Elmi Jumari, Muhammad Ameer Ahmad Kamal, Muhammad Yusri Shaari, Muhammad Iqmal Mohd. Zarawi dan Mohd. Shahrul Mat Amin. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI