fbpx
Sepasukan anggota APM Rembau membantu memberikan bantuan kecemasan ke atas seorang warga emas yang dijumpai semula selepas hilang sejak 2 petang semalam. - Foto IHSAN APM REMBAU

Warga emas hilang di rumah, jumpa dekat landasan kereta api

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

REMBAU – Seorang warga emas yang hilang selepas keluar dari rumah di Kampung Rendah di sini petang semalam, ditemukan selamat berhampiran landasan kereta api pagi ini.

Pembantu Pegawai Pertahanan Awam Daerah Rembau, Lt. Muda (PA) Nurhanini Zamrod berkata, wanita itu ditemukan pada pukul 8.41 pagi, kira-kira tiga kilometer dari lokasinya hilang.

“Warga emas ini ditemukan oleh waris keluarganya. Seramai empat anggota telah bergegas ke lokasi yang dimaklumkan untuk memberikan bantuan kecemasan kepada mangsa dan membawa ke Hospital Rembau untuk rawatan lanjut,” katanya.

Semalam, tular di media sosial waris keluarga itu memohon bantuan orang ramai untuk mengesan warga emas tersebut yang disedari hilang sejak pukul 2 petang selepas keluar seorang diri tanpa pengetahuan keluarga. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN