fbpx
Tangkap layar rakaman televisyen litar tertutup di atas sebuah bot flotilla yang mengikuti pelayaran ke Gaza diserang dron.

[VIDEO] Sumud Flotilla: Bau hangit, bot bergegar akibat letupan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – “Bergegar bot kami. Bau hangit mula masuk ke ruang bot. Rasa luruh jantung untuk beberapa saat.”

Demikian situasi getir dihadapi peserta Misi kemanusiaan Global Sumud Flotilla (GSF) ketika berdepan intimidasi pihak Israel.

Salah seorang peserta GSF, Rahim Azhari memaklumkan, sebanyak 10 letupan kuat didengari berhampiran bot mereka.

Beliau menyifatkan letupan kuat di ruang udara itu sebagai taktik pengecut Israel untuk menakutkan anggota sukarelawan.

Katanya, terdapat sebuah bot telah diserang dron dengan menjatuhkan serbuk dipercayai ‘gunpowder’.

“Kami tidak takut langsung. Mungkin beginilah perasaan saudara-mara kita di Gaza setiap hari, malah lebih dahsyat lagi.

“Setakat ini tiada apa-apa kecederaan berlaku. Kerosakan bot sedang dikenal pasti. Insya-Allah semua akan dalam keadaan baik. Keadaan di Gaza jauh lebih teruk. Doakan mereka, doakan kami kuat,” katanya menerusi beberapa hantaran di media sosial hari ini.

Terdahulu, GSF dilaporkan berdepan cubaan intimidasi apabila lebih 15 dron berlegar rendah di atas bot Alma dan beberapa kapal pengiring di Laut Mediterranean.

Lapan letupan udara yang dipercayai sebagai ugutan terbuka terhadap pelayaran itu turut didengari selain berlaku gangguan terhadap sistem komunikasi.

Menurut Laporan Situasi (SITREP) dikeluarkan Sumud Nusantara Command Center – MAPIM Central pukul 6.15 pagi tadi, gangguan itu berlaku ketika flotilla berada di zon kelabu, perairan Greece, kira-kira 750 batu nautika dari Gaza.

Pihak sekretariat percaya gangguan dron-dron berkenaan digunakan bagi mengumpul maklumat risikan dan menakutkan pasukan flotilla. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN