fbpx
Tangkap layar rakaman video Zainal Rashid memaklumkan berkenaan letupan 'bom kilat' oleh Israel.

[VIDEO] Israel letupkan ‘bom kilat’ berhampiran konvoi flotilla

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Pihak Israel dipercayai meletupkan ‘bom kilat’ berhampiran konvoi bot peserta misi kemanusiaan Global Sumud Flotilla (GSF) semalam.

Sukarelawan Malaysia, ZRA Strim atau nama sebenar Zainal Rashid Ahmad berkata, letupan itu bagi menimbulkan ketakutan dan panik dalam kalangan pelayar.

“Sekitar 12 letupan kuat dikesan berdekatan sembilan bot layar. Satu letupan betul-betul di atas bot yang saya tumpangi.

“‘Bom kilat’ biasanya digunakan untuk pencegahan rusuhan sebagai taktik menimbulkan ketakutan,” katanya menerusi hantaran di media sosial hari ini.

Zainal berkata, Israel menggunakan kaedah ‘gertak’ untuk menakutkan peserta GSF yang semakin menghampiri Gaza.

Menurutnya, GSF dijangka tiba di Gaza kurang empat hari lagi selepas enam hari berlayar.

“Tujuannya supaya ada pelayar ketakutan dan minta diturunkan di Greece. Ini antara taktik Israel sebelum konvoi GSF memasuki zon kuning menuju pantai Gaza,” katanya.

Tambahnya kesemua bot GSF yang dinaiki seramai 500 pelayar kembali meneruskan pelayaran selepas dua jam insiden itu berlaku.

Kata Zainal, sebanyak dua bot mengalami kesan kerosakan kecil akibat ledakan ‘bom kilat’ tersebut.

“Doakan kami selamat sampai ke Gaza. Sekali melangkah bererti terus melangkah,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI