fbpx
WIN SON dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Johor Bahru hari ini atas pertuduhan mencabul seorang kanak-kanak perempuan di Kulai, 14 September lalu. Foto BAZLAN IBRAHIM/ KOSMO!

Suspek culik budak tahun lalu didakwa lakukan cabul pula

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

JOHOR BAHRU – Suspek penculikan seorang kanak-kanak perempuan 6 tahun di Iskandar Puteri, Julai tahun lalu dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas dakwaan melakukan amang seksual terhadap seorang kanak-kanak perempuan di Kulai, minggu lalu.

Tertuduh, Leang Win Son, 32, bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Madihah Zainol dalam bahasa Mandarin.

Berdasarkan kertas pertuduhan, tertuduh didakwa melakukan amang seksual fizikal terhadap kanak-kanak perempuan berusia 9 tahun dengan menyentuh bahagian kemaluan mangsa dari luar di dalam tandas sebuah kopitiam di Taman Iris, Kulai pada pukul 7.30 malam, 14 September lalu.

Atas kesalahan itu, dia didakwa mengikut Seksyen 14(a) Akta Kesalahan Seksual Kanak-Kanak 2017 dan kes dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Nur Farah Wahida Shahudin manakala tertuduh diwakili peguam Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan (YBGK), Nur Zafirah Norizan.

Madihah kemudian menetapkan tarikh 6 Oktober depan untuk sebutan semula kes serta keputusan rujukan tertuduh kepada pemeriksaan mental di hospital psikiatri. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN