fbpx
Gambar hiasan

Ribut petir, angin kencang malam ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) mengeluarkan amaran hujan lebat, ribut petir serta angin kencang di sembilan negeri hingga pukul 7 malam ini.

Menurut kenyataan MetMalaysia, cuaca buruk dijangka melanda seluruh Pulau Pinang serta sebahagian daerah Kedah di Yan, Kuala Muda, Sik, Baling, Kulim dan Bandar Baharu.

Di Perak, melibatkan Kerian, Larut, Matang Dan Selama, Hulu Perak, Kuala Kangsar, Manjung, Kinta, Perak Tengah, Kampar, Bagan Datuk, Hilir Perak dan Batang Padang.

“Amaran turut dikeluarkan untuk Kelantan di daerah Jeli manakala Terengganu di daerah Setiu, Kuala Nerus dan Kuala Terengganu, Pahang di Tanah Tinggi Cameron dan seluruh Negeri Sembilan,” katanya.

Selain itu, kawasan terlibat termasuk Johor (Segamat dan Mersing) dan beberapa daerah di Sarawak seperti Sibu (Selangau) dan Bintulu (Tatau dan Sebauh). – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN