fbpx
Munetsi (tengah) meraikan gol yang dilakukan bersama rakan sepasukan, pada aksi awal pagi tadi. - Foto ihsan FB Wolves

Piala EFL: Wolves puas singkir Everton

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

LONDON – Pengurus Wolverhampton, Vitor Pereira menarik nafas lega selepas pasukan dapat menamatkan kemarau kemenangan selepas menewaskan Everton 2-0 dalam aksi pusingan ketiga Piala Liga Inggeris (EFL), awal pagi tadi.

Pada perlawanan itu, Wolves yang tewas lima perlawanan Liga Perdana Inggeris (EPL) musim ini mempamerkan rentak bertenaga untuk mara ke pusingan seterusnya hasil jaringan Marshall Munetsi dan Tolu Arokodare.

Kata Pereira, keputusan positif itu berjaya meringankan tekanan yang dihadapi pasukannya ketika ini dan harap momentum tersebut dapat diteruskan pada aksi EPL akan datang.

“Saya sangat gembira dengan prestasi pasukan terutama aksi babak pertama. Selepas kita berjaya mendahului, kita cuba bertahan dan berjaya kekalkan kemenangan hingga ke wisel penamat.

“Sudah lama saya tidak lihat pemain dan penyokong kita tersenyum tetapi dalam masa yang sama kita jangan terlalu mendabik dada kerana ujian sebenar adalah pada aksi EPL nanti,” katanya. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN