fbpx
Penduduk melihat sebuah lori yang melalui laluan tersebut sehingga menyebabkan mendapan teruk.

Penduduk resah, laluan utama makin hilang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KLANG – Kira-kira 5,000 penduduk di sekitar Bukit Kapar di sini hidup dalam kebimbangan apabila Jalan Iskandar yang menjadi nadi utama perhubungan kawasan itu mengalami mendapan teruk sejak beberapa bulan lalu meskipun pernah dibaiki dua kali pada tahun ini.

Keadaan semakin meruncing apabila salah satu lorong terpaksa ditutup selepas struktur jalan tidak lagi selamat dilalui, sekali gus menimbulkan risiko terputus hubungan jika mendapan terus berlaku.

Seorang penduduk Taman Baiduri, Mohd. Faizan Salleh, 46, berkata, keadaan bertambah kritikal kerana laluan itu kerap digunakan lori berat dari projek industri berhampiran yang keluar masuk hampir 24 jam.

“Kami bimbang jika jalan sebelah lagi runtuh, kawasan ini akan terputus hubungan terus. Ia ibarat bom jangka,” katanya ketika ditemui di sini hari ini.

Seorang lagi penduduk, Kamarul Mohamad, 50, berkata, kesesakan akibat lori berat turut menjejaskan keselamatan ibu bapa yang menghantar anak ke sekolah setiap pagi.

Timbalan Pengerusi Kariah Masjid Bukit Kapar, Fahmizan Mustakim pula menegaskan isu jalan rosak itu sudah lama dibangkitkan, namun masih tiada tindakan berkesan.

Sementara itu, Jurutera Jabatan Kerja Raya (JKR) Klang, Ir. Khairul Amir Isahak berkata, pembaikan jalan itu akan dimulakan Khamis ini hasil persetujuan empat pemaju utama di Bukit Kerayong menanggung kos pembaikan secara bersama.

“Kerja-kerja pembaikan dijangka siap dalam tempoh tiga hingga empat hari dan bagi keselamatan, kawalan lalu lintas serta papan tanda amaran akan dipasang sepanjang kerja dijalankan,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN