fbpx
Mayat Mohamad Naim yang maut akibat ditimpa kayu balak di Kampung Kemat, Hulu Terengganu hari ini.

Pemandu lori maut ditimpa kayu balak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

HULU TERENGGANU – Seorang pemandu lori yang sedang melakukan kerja-kerja pembalakan maut akibat ditimpa kayu balak di Kampung Kemat di sini semalam.

Dalam kejadian pada pukul 3.48 petang itu, mangsa, Mohamad Naim Muhamad Afandi, 34, berasal dari Kampung Kelubi Puteh, Jerteh, Besut meninggal dunia akibat kecederaan parah pada bahagian badan.

Ketua Polis Daerah Hulu Terengganu, Superitenden Sharudin Abdul Wahab berkata, sewaktu kejadian, lelaki itu dikatakan sedang bekerja di tapak pembalakan terbabit.

“Kejadian dikatakan berlaku selepas sebatang kayu balak tiba-tiba menimpa badan mangsa.

“Pemeriksaan pegawai perubatan yang tiba di lokasi kejadian mengesahkan mangsa telah meninggal dunia,” katanya ketika dihubungi Kosmo! di sini hari ini

Sharudin berkata, mayat Mohamad Naim telah dihantar ke Unit Forensik Hospital Hulu Terengganu di sini untuk tindakan lanjut.

Beliau berkata, setakat ini kes berkenaan diklasifikasikan sebagai mati mengejut. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN