fbpx
TRAFFORD

Peluang Trafford pikat hati Guardiola

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

MANCHESTER – Perlawanan Piala Liga Inggeris (EFL) boleh menjadi ruang buat penjaga gol Manchester City, James Trafford untuk membuktikan keupayaan menjelang aksi pusingan ketiga bertemu Huddersfield, awal pagi esok.

Pandangan itu disuarakan oleh bekas penjaga gol The Citizens, David James selepas menyaksikan Trafford sekadar memanaskan bangku simpanan sejak tiga perlawanan lepas.

Situasi ini kerana pengurus pasukan, Pep Guardiola lebih percayakan khidmat penjaga gol antarabangsa Itali, Gianluigi Donnarumma yang berhijrah sebelum jendela perpindahan ditutup bulan lalu.

Kata James, kehadiran Donnarumma sememangnya boleh menyekat peluang buat Trafford untuk meraih minit permainan yang mencukupi dan peluang beraksi pada Piala EFL perlu dimanfaatkan sebaik mungkin.

“Saya rasa simpati dengan situasi melanda Trafford kerana dia dalam fasa merebut tempat selaku penjaga gol No. 1 City selepas berhijrah dari Burnley. Namun, City buat keputusan mengejut untuk mendapatkan Donnarumma.

“Kita harus akui kedua-dua pemain ini berada dalam kelas berbeza tetapi jika mahu katakan Trafford masih muda, Donnarumma juga boleh dianggap muda kerana berusia 26 tahun.

“Mungkin peluang terbaik buat Trafford buktikan keupayaannya musim ini adalah pada kejohanan seperti Piala EFL, Piala FA atau perlawanan mudah Liga Juara-Juara Eropah (UCL),” katanya. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI