fbpx
Shafie Apdal.

Notis tunjuk sebab kepada Shafie Apdal sudah siap

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KOTA KINABALU – Pengarah Pendakwaan Negeri, Nahra Dollah memaklumkan notis tunjuk sebab kepada Presiden Parti Warisan, Datuk Seri Mohd. Shafie Apdal kerana didakwa menghina mahkamah sudah disiapkan.

Beliau mengesahkan perkara itu ketika ditemui di Kompleks Mahkamah Kota Kinabalu hari ini.

Bagaimanapun, beliau tidak menyatakan secara spesifik bila notis tersebut akan diserahkan kepada Ketua Pembangkang Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah berkenaan.

Terdahulu, Mahkamah Koroner pada 22 September lalu memerintahkan satu notis tunjuk sebab dikeluarkan kepada Mohd Shafie kerana menghina mahkamah atas kenyataan yang dibuat berhubung inkues kematian Allahyarham Zara Qairina Mahathir dalam satu majlis di Sandakan.

Mohd. Shafie pada ucapan yang turut disiarkan dalam laman sosial Facebook antara lain menyatakan kematian Zara Qairina adalah satu pembunuhan dan mempersoalkan tatacara siasatan polis serta pakar patologi forensik. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI