fbpx
Trump berucap pada Perhimpunan Agung PBB (UNGA) di bandar raya New York semalam. - AFP

Negara anda sedang menuju ke neraka-Trump 

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PERTUBUHAN BANGSA-BANGSA BERSATU, New York – Presiden Donald Trump melancarkan kecaman luar biasa terhadap negara-negara Eropah semalam dengan memberitahu para pemimpin: “Negara-negara anda sedang menuju ke neraka.”

Laman berita Mirror.co.uk memetik Trump sebagai berkata dalam ucapan beliau di PBB, penghijrahan pendatang asing menghancurkan negara-negara Eropah dan menggesa Perdana Menteri Britain, Keir Starmer untuk membuka lebih banyak telaga minyak di Laut Utara, sambil mengisytiharkan isu pemanasan global sebagai ‘penipuan’.

Beliau juga mengulangi perseteruannya dengan Sadiq Khan, membuat tuduhan tidak berasas bahawa Datuk Bandar London itu cuba melaksanakan undang-undang Syariah di ibu kota Britain.  

Beliau berkata, PBB ‘tidak mencapai potensinya’ dan beroperasi secara korup.

Trump tiba di pentas ucapan sambil mengadu teleprompter dan tangga eskalator rosak ketika beliau berada dalam bangunan ibu pejabat PBB.

Para perwakilan dan pemerhati ketawa apabila Trump menceritakan bahawa beliau pernah membida kontrak untuk membaik pulih ibu pejabat PBB di New York itu.

“Mereka membelanjakan antara AS$2 bilion (RM8.4 bilion) hingga AS$4 bilion (RM16.8 bilion), namun gagal mendapatkan lantai marmar yang saya pernah janjikan (lantai lebih baik jika Trump diberikan kontrak).

“Melihat bangunan dan terperangkap di eskalator, mereka (PBB) gagal.

“Apa yang saya dapat dari PBB hanyalah eskalator yang berhenti di tengah jalan, jika Wanita Pertama (Melania Trump) tidak berada dalam keadaan yang baik, beliau akan terjatuh.

“Dan sekarang teleprompter pula tidak berfungsi. Itulah yang saya dapat dari PBB, hanya eskalator dan teleprompter yang teruk,” kata Trump lagi.

Presiden Amerika Syarikat itu menambah: “Apakah tujuan PBB? PBB mempunyai potensi yang begitu besar… tetapi ia jauh daripada mencapai potensi itu. Kebanyakan yang mereka lakukan hanyalah menulis surat  dengan kata-kata keras.”

Trump juga menyindir Eropah mengenai penghijrahan pendatang asing dan dasar imigresen, dengan berkata: “Negara-negara anda sedang menuju ke neraka.” – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN