fbpx
HUSSEIN menunjukkan antara serbuk dan bahan kimia yang dirampas pada sidang akhbar di IPD Kulai, Kulai hari ini. Foto RAJA JAAFAR ALI/ KOSMO!

Kilang terbakar bongkar rahsia sindiket proses eramin 5

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KULAI – Rahsia licik satu sindiket memproses dan mengedar dadah jenis eramin 5 yang berselindung disebalik kilang barangan berteknologi terbongkar susulan kilang yang disewa terbakar dalam kejadian di Taman Perindustrian Senai di sini, 14 September lalu.

Pengarah Jabatan Siasatah Jenayah Narkotik (JSJN) Bukit Aman, Datuk Hussein Omar Khan berkata, sepasukan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Negeri Johor bergegas ke lokasi untuk selepas menerima panggilan kecemasan pada pukul 4.35 petang.

Jelasnya, sejurus api berjaya dikawal, sepasukan anggota Ronda Cegah Jenayah (RCJ) Balai Polis Senai yang turut ke lokasi kebakaran mengesyaki kilang berkenaan dijadikan tempat memproses dadah.

“Ekoran maklumat awal yang diterima, JSJN Bukit Aman dan IPK Johor serta IPD Kulai menjalankan pemeriksaan lanjut sebelum mendapati kilang terbabit sebagai makmal memproses eramin 5.

“Hasil siasatan lanjut, polis menemui satu dulang besi bersama 14 bekas plastik berisi 75 kilogram (kg) serbuk disyaki dadah jenis eramin 5 dan satu kotak bersama tiga bekas plastik berisi pil eramin 5 (24.69kg).

“Selain itu, tiga dulang besi mengandungi 16 plastik bersama dua kotak serbuk bahan kimia (79.01kg), 11 tong berisi cecair bahan kimia (1.8 tan) serta pelbagai peralatan memproses dadah,”katanya dalam sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kulai di sini hari ini.

Hussein berkata, susulan itu, polis melakukan serbuan ke atas sebuah rumah di sekitar Seri Alam dan berjaya menahan seorang lelaki tempatan berusia 41 tahun.

Jelasnya, suspek berkenaan bertindak sebagai ‘transporter’ untuk menerima dan menghantar parcel dalam bentuk bongkah kayu ke kilang.

Tambahnya, siasatan lanjut membawa kepada serbuan kedua ke atas sebuah kilang di sekitar kawasan Desa Idaman, Senai yang terletak kira-kira satu kilometer dari lokasi kilang terbakar.

“Kilang kedua, sindiket jadikan sebagai tempat menyimpan bahan kimia untuk memproses pelbagai jenis dadah.

“Pelbagai jenis bahan kimia ditemui termasuklah 10 botol berisi cecair dadah jenis methamphetamine seberat (250kg), satu plastik lutsinar berisi ketamin (20kg), serbuk prekursor (1.7 tan),”katanya.

Beliau berkata, jumlah keseluruhan dadah yang dirampas ialah 4.03 tan dengan nilai pasaran bernilai RM17.77 juta.

Jelasnya, polis kini sedang memburu dan mengesan tiga suspek yang disyaki dalang utama kepada sindiket berkenaan.

“Sindiket dipercayai aktif sejak awal Februari lalu dan siasatan mendapati dua kilang itu disewa sejak dua tahun lalu,”katanya.

Kes disiasat di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN