fbpx
Buaya tembaga yang ditangkap di perairan Teluk Bahang telah dipindahkan ke Paya Indah Wetlands, Dengkil, Selangor, malam tadi.

Buaya Teluk Bahang dipindah ke Paya Indah Wetlands

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

GEORGE TOWN – Buaya tembaga yang ditangkap di perairan Teluk Bahang semalam dipindahkan ke Paya Indah Wetlands (PIW), Dengkil, Selangor untuk proses kuarantin sebelum dilepaskan semula ke habitat sesuai.

Pengarah Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Pulau Pinang, Mohd. Zaide Mohamed Zin berkata, reptilia jantan dewasa itu seberat kira-kira 100 kilogram dan haiwan itu dianggarkan berusia 30 hingga 40 tahun.

“Reptilia itu dibawa menaiki pacuan empat roda jenis Hilux ke Taman Negara Pulau Pinang untuk pemeriksaan lanjut dan pengambilan ukuran sebelum dipindahkan ke Paya Indah Wetlands (PIW), Dengkil, Selangor.

“Proses pemeriksaan mendapati buaya berkenaan tidak melawan dan tidak agresif. Pasukan Perhilitan bertolak ke PIW malam tadi dan reptilia itu akan menjalani kuarantin selama seminggu,” katanya ketika dihubungi di sini, hari ini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN