fbpx
Barisan pemain Bangkok United giat menjalani latihan di Johor Bahru sebagai persiapan mengharungi saingan ACC, hari ini.

Bangkok United anggap JDT antara kelab terbaik Asia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

ISKANDAR PUTERI – Pengendali Bangkok United FC, Totchtawan Sripan menyifatkan Johor Darul Ta’zim (JDT) sebagai antara pasukan terkuat Asia menjelang aksi Kumpulan B Kejuaraan Kelab ASEAN (ACC) di Stadium Sultan Ibrahim, esok.

Totchtawan berkata, kualiti yang dimiliki skuad Harimau Selatan itu bukan lagi rahsia dan dia sudah membuat persiapan rapi untuk menghadapi juara Liga Super 11 musim berturut-turut itu.

Katanya, dia mempunyai pengalaman berdepan JDT dalam kancah Liga Juara-Juara Asia (ACL), dua musim lalu dan pertemuan itu membuka matanya tentang keupayaan yang dimiliki wakil Malaysia tersebut.

“Kami melihat JDT sebagai salah satu pasukan terkuat di peringkat Asia, bukan sahaja di rantau ASEAN. Mereka mempunyai ramai pemain yang berkualiti yang membantu pasukan meraih kejayaan.

“Berbekalkan pengalaman bertemu JDT pada dua tahun lalu, ia sedikit sebanyak membuka mata kami mengenai keupayaan mereka,” kata bekas pemain Thailand era 90-an itu. – KOSMO! ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN