fbpx
Azam bercakap pada pemberita selepas menghadiri ‘Integrity and Leadership Day 2025’ di Universiti Multimedia, Cyberjaya hari ini.

Azam cadang TPR SPRM ditahan kes dadah direhatkan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

CYBERJAYA – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) akan mencadangkan kepada Peguam Negara, Tan Sri Mohd. Dusuki Mokhtar supaya Timbalan Pendakwa Raya (TPR) yang ditahan polis berkaitan kes dadah semalam, direhatkan daripada menjalankan tugas.

Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki berkata, pegawai terbabit baru sahaja melaporkan diri pada minggu lalu sebagai ‘secondment officer’ dari Jabatan Peguam Negara.

Susulan itu, katanya, tindakan segera akan diambil dengan berbincang bersama Peguam Negara serta menyerahkan kepada pihak polis untuk menjalankan siasatan lanjut.

“Ini satu perkara yang tidak dijangka dan kes ini sedang disiasat oleh pihak polis, saya juga ada berhubung dengan Peguam Negara kerana dia (suspek) dari Jabatan Peguam Negara.

“Dan kami berdua serahkan kepada polis untuk menjalankan siasatan, sekiranya ada kes, polis boleh bawa kepada mahkamah,” katanya ketika ditemui pemberita selepas menghadiri ‘Integrity and Leadership Day 2025’ di Universiti Multimedia di sini hari ini.

Ditanya sama ada pegawai terbabit ada menjalani tapisan kesihatan termasuk saringan dadah, Azam menjelaskan bahawa pegawai terbabit telah pun berkhidmat di Jabatan Peguam Negara sebelum ini dan sudah tentu telah melalui pelbagai jenis tapisan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI