fbpx
GYOKERES memenangi Trofi Gerd Muller sebagai penjaring terbanyak Eropah ketika bersama Sporting Lisbon dalam majlis Ballon d’Or awal pagi semalam. - AFP

Arteta pertahan aksi hambar Gyokeres

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

LONDON – Pengendali Arsenal, Mikel Arteta mempertahankan kredibiliti Viktor Gyokeres walaupun dikritik hebat selepas gagal beraksi cemerlang ketika seri 1-1 bertemu Manchester City awal pagi Isnin lepas.

Menurut Arteta, apa yang dipamerkan oleh Gyokeres sudah cukup memuaskan dan penyerang antarabangsa Sweden itu dijangka menemui sentuhan penyudah pada aksi Piala Liga Inggeris (EFL) bertemu Port Vale awal pagi esok.

“Saya tidak mahu menyalahkan Gyokeres semata-mata kerana dia sudah cuba sebaik mungkin untuk membuka ruang tetapi tidak berjaya.

“Kita juga perlu mencipta peluang buatnya tetapi secara peribadi, saya tidak risau dan yakin dia akan kembali menemui sentuhan penyudah pada aksi seterusnya,” katanya.

Pada perlawanan di Stadium Emirates itu, Gyokeres hanya melakukan 24 sentuhan bola sepanjang 90 minit dan gagal mengancam benteng pertahanan The Citizens.

Arteta dijangka terus memberi kepercayaan buat Gyokeres untuk memacu posisi No. 9 pada aksi pusingan ketiga Piala EFL nanti kerana dua penyerang senior, Kai Havertz dan Gabriel Jesus masih mengalami kecederaan.

Namun, Arteta mungkin merombak kesebelasan utama di posisi lain dengan memberi minit permainan buat pemain utama seperti Cristhian Mosquera, Kepa Arrizabalaga, Myles Lewis-Skelly, Ben White dan Christian Norgaard. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN